Suami isteri yang bertengkar
Sepasang suami isteri sedang berada dalam kereta, menyusuri jalan dalam pekan kecil.Pasangan ini baru sahaja bertengkar mengenai kampung siapa yang patut mereka balik ketika Raya nanti.Setelah habis bertengkar keadaan didalam kereta menjadi sunyi kerana masing-masing mendiamkan diri.Tiada juga keputusan ditemui.
Tak lama kemudian, mereka melewati sebuah kawasan sawah di mana banyak terdapat kambing dan kerbau sedang merumput.
Tiba-tiba si Suami menunjuk ke kawanan kambing dan kerbau itu sambil mengolok si Isteri dengan sinisnya, "Macam saudara-saudara mu?"
jawab si Isteri,"Iya,keluarga iparku tu."
No comments:
Post a Comment