Gagal Masuk Angkatan Laut
Pak Pandir mahu mencari kerja.Pada suatu hari Pak pandir pergi menghadiri temuduga sebagai Tentera Laut. Walaubagaimanapun, Pak Pandir tidak lulus ujian berenang. Maka tidak dapatlah menjadi Tentera Laut. Oleh kerana tidak puas hati, dia kemudian melakukan komplain kepada General yang menjadi juri pemilihan.
"Tuan, mengapa saya tidak dapat diterima menjadi tentera laut?!!" Tanya Pak Pandir dengan muka kehairanan.
"Kamu tidak lulus ujian renang!!!" Kata ketua Juri dengan nada tinggi.
Dengan nada yang sama kerasnya Pak Pandir menjawab,”Pemilihan kamu ini tidak relevan!!!,kawan saya menjalani ujian menjadi Tentera Udara tetap diterima walaupun dia tidak pandai terbang.
No comments:
Post a Comment